ZAKAT/SEDEKAH BAGI REHAL & HUFFAZ

SRII HUFFAZ, Saujana Utama & SRI REHAL, Kota Damansara adalah sekolah rendah harian beraliran tahfiz yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sistem pembelajaran yang diterapkan adalah selari dengan pendidikan kebangsaan KPM dan sebagai nilai tambah SRH menerapkan hafazan al-Quran dan akhlak keperibadian muslim kepada murid-muridnya. Yuran persekolahan pada dasarnya tidak mencukupi untuk menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan sekolah. Oleh itu pihak sekolah perlu mencari dana tambahan bagi melancarkan operasi kami.

 

SRI REHAL dan SRII HUFFAZ adalah Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) yg sah bagi mengutip zakat di Selangor. Resit yang dikeluarkan adalah resit berkomputer LZS yang sah digunakan utk tujuan rebet cukai LHDN dan SSM. Semua jenis zakat boleh dibayar melalui SRII HUFFAZ dgn sebahagian daripadanya akan diagihkan semula utk pembangunan sekolah dan sebahagian lagi diserahkan kpd LZS.

Rehal Resources  ➔
 

Tunaikan zakat anda
 

- Zakat Pendapatan

- Zakat Perniagaan

- Zakat Harta

- Zakat Simpanan

- Zakat Emas

- Zakat KWSP

- Zakat Saham

 

*RESIT PENGECUALIAN CUKAI

LAFAZ NIAT MENGELUARKAN ZAKAT FITRAH

 

DOA MENERIMA ZAKAT FITRAH

 

آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَ، وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ، وَاجْعَلْهُ لَكَ طَهُوْرًا

 

"Semoga Allah SWT akan menganugerahkan ganjaran pada apa yang engkau berikan dan semoga Allah SWT akan memberkati apa-apa yang ada pada engkau dan semoga pemberianmu itu merupakan penyucian dan pembersihan terhadap dirimu".

KAMI MENERIMA SEMUA JENIS ZAKAT

01

 

ZAKAT FITRAH

 

KADAR ZAKAT 2021 FITRAH DI SELANGOR KEKAL RM7, RM14 dan RM21.

 

Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di negeri Selangor pada tahun 2021M/1442H adalah RM7 seorang , Penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.7kg.

 

Namun begitu bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri dan tanggungan. Kadar zakat fitrah tersebut adalah sebanyak RM14.00 seorang bagi beras yang bernilai RM13.00 hingga RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg) dan RM21.00 seorang bagi beras yang bernilai melebihi RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg). Walau bagaimanapun, kadar bayaran zakat fitrah melebihi RM7.00 adalah sebagai galakan sahaja dan tiada paksaan kepada pengeluar zakat di Selangor. Sehubungan itu, bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah, Zakat Selangor telah melantik seramai 2,754 penolong amil fitrah di seluruh Selangor sepanjang bulan Ramadan ini termasuklah kami dari Sek. Ren. Huffaz.

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

02

 

ZAKAT PENDAPATAN

 

Apa jua pekerjaan anda, zakat tetap 2.5% kadarnya.

 

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

(Al-Baqarah : 267)

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

03

 

ZAKAT PERNIAGAAN

 

Zakat perniagaan diwajibkan ke atas harta yang mencapai atau melebihi nisab (ambang batas tertentu) dan telah berada dalam kepemilikan atau penggunaan selama satu tahun hijriyah (sekitar 354 atau 355 hari). Nisab bagi zakat perniagaan berbeza dengan zakat harta peribadi dan biasanya ditentukan berdasarkan harga emas atau pengiraan lain yang diterima dalam masyarakat Muslim.

 

Ini bermakna pemilik perniagaan perlu membayar zakat sebanyak 2.5% daripada modal atau pelaburan perniagaan mereka setelah dikurangkan dengan hutang, perbelanjaan perniagaan, dan penggantian modal. Jika nilai harta yang dimiliki tidak mencapai nisab, maka zakat perniagaan tidak dikenakan.

 

Kaedah Pengiraan:

 

Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.

 

Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

 

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

 

Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

 

Ringkasnya adalah seperti berikut:

 

1. Tentukan nilai harta perniagaan.
2. Kurangkan hutang perniagaan.
3. Kurangkan pengeluaran perniagaan.
4. Kurangkan penggantian modal.
5. Dapatkan jumlah bersih harta perniagaan.
6. Kira zakat pada kadar 2.5% dari jumlah bersih harta perniagaan.

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

04

 

ZAKAT WANG SIMPANAN

 

Kadar Nisab pada/mulai 1 Jan 2023 ialah RM20,978.00 maka kiraan zakat wang Simpanan, Emas atau seumpananya adalah dgn 2.5%. Ini bermaksud jika anda mempunyai simpanan/emas/perak/harta terkumpul dari semua sumber harta anda sebanyak  yg tidak terusik selama setahun, maka wajib ditunaikan zakatnya.

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

05

 

ZAKAT HARTA

 

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta seseorang. Ini bermaksud jika anda mempunyai simpanan/emas/perak harta terkumpul dari semua sumber harta anda sebanyak  yg tidak terusik selama setahun, maka wajib ditunaikan zakatnya.

 

* Kadar nisab zakat harta bagi tempoh Julai hingga Disember tahun 2021 untuk rujukan dan kegunaan umat Islam di negeri Selangor ialah sebanyak RM20,978.00. (berkuatkuasa mulai 1 Jan 2023).
• Contohnya anda ada Rm20,000 dalam harta/emas anda maka bayaran zakatnya adalah 2.5% iaitu = Rm500 shj.

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

06

 

ZAKAT KWSP

 

Berdasarkan Nisab Julai-Disember 2021 iaitu RM20,978.00 maka kiraan zakat Emas atau Kwsp adalah dgn 2.5%.
• Contohnya anda ada Rm20k utk Kwsp maka hanya 2.5% yg perlu dikeluarkan zakatnya iaitu = Rm500 shj.

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

07

 

Zakat Saham / Pelaburan

 

Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud:

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Al-Baqarah : 267)

 

Kaedah Pengiraan:

 

1. Saham yang dijual beli dalam setahun (jika melebihi nisab)
[Nilai Saham Semasa + Baki Semasa Trust Account - Kos berkaitan] x 2.5%

 

Contoh: [RM84,000 = rm5,000 - RM350] x 2.5% = Jumlah Zakat = RM2,216.25

 

2. Saham yang disimpan melebihi setahun bertujuan menjana keuntungan melalui dividen (jika melebihi nisab)
[Nilai Saham Semasa + Baki Semasa Trust Account + Dividen - Kos berkaitan] x 2.5%

 

Contoh: [RM134,000 + RM5,000 + RM1,000 - RM400] x 2.5% = Jumlah Zakat = RM3,490.00

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

08

 

ZAKAT EMAS & PERAK

 

Pengiraan Zakat Emas & Perak:

 

1. Emas Perhiasan Dipakai
Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang perhiasan yang dipakai dalam tempoh setahun ialah 900 gram:

 

= Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf ) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
= 900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM3,727.80

 

2.Emas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)
Berat emas disimpan (jika melebihi nilai nisab) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

 

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka:

 

= Berat Emas dipakai x Harga Emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%
= 200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%
= RM828.40

 

3. Emas Pelaburan Patuh Syarak (Fizikal)

 

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%

= 400 gm x RM140 (contoh) x 2.5%

= RM1,400

 

4. Emas Pelaburan Patuh Syarak (Akaun Emas)


= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%

= 200 gm x RM140 (contoh) x 2.5%

= RM700

 

5.Emas Pelaburan Tidak Patuh Syarak


= Pelaburan pokok @ baki terendah x kadar zakat

= RM40,000 (contoh) x 2.5%

= RM1,000

 

6. Zakat Perak

 

= Timbangan Perak x Nilai Perak x 2.5%

= 1000 gm x RM1.97 (contoh) x 2.5%

= RM 49.25

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

09

 

ZAKAT PADI & TERNAKAN

 

Prinsip umum firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat [2]: 267 (yang bermaksud): …dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.

 

Firman Allah SWT yang bermaksud: …dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya[Surah Al-An?am (6): 141].

 

Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%), tanpa membezakan tanaman asasi mahupun yang bukan.

Tanya Dr. Surul Mengenai Kiraannya ››

10

 

SEDEKAH AM

 

Sedekah untuk Pembangunan :
- Sek. Ren. Islam Rehal,  Kota Damansara
- Sek. Ren. Islam Integrasi Huffaz, Saujana Utama

 

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

 

“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya” (QS Sabaa’:39).

Seikhlasnya ››

PENOLONG AMIL

DR. SURUL SHAHBUDIN HASSAN
(PhD Edu. UM)

TUNAI ZAKAT DGN RESIT LZS MELALUI SRII HUFFAZ Saujana Utama dan SRI REHAL Kota Damansara.
 

• Setiap zakat yang ditunaikan melalui kami dan dibahagi 50% kpd LZS dan 50% kpd Huffaz.

• Zakat LZS yang ditunaikan melalui kami akan digunakan pihak Sekolah bagi:

- Pembangunan dan naik taraf.
- Pembelian Peralatan dan Keperluan.
- Pengoperasian sekolah.
- Bantuan persekolahan murid fakir miskin
- Penduduk sekitar yang amat memerlukan.

Ibu pejabat:

 

Sek Ren Islam Integrasi Huffaz
54G, Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3
47000 Sungai Buloh, Selangor.

Email: rehalresources@gmail.com

Hp: opy.la/60166602072 (DR. SURUL)
Whatsapp: SRII HUFFAZ
Web: rehal.edu.my dan rehalresources.com


• Resit yang dikeluarkan boleh mendapat rebat 100% cukai LHDN seluruh Malaysia.
• Kami juga boleh membantu anda membuat kiraan zakat anda InsyaAllah.

 

Makluman:

 

*PEMBAYARAN ZAKAT melalui Virtual Akaun Maybank Islamic (550511400496) Lembaga Zakat Selangor adalah utk tujuan bayaran zakat sahaja.
*Manakala bayaran-bayaran lain seperti FIDYAH / SEDEKAH / DERMA / WAKAF & YURAN SEKOLAH perlu menggunakan toyyibpay, terimakasih.

Tekan link ZAKAT melalui Billplz: SRII HUFFAZ


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
ZAKAT/SEDEKAH dari RM10 ke atas.
ZAKAT FITRAH Rm7 seorang
ZAKAT FITRAH Rm14 seorang
ZAKAT FITRAH Rm21 seorang
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Log Masuk atau
*tekan butang checkbox
*Pastikan No. K/P / SSM dan Alamat diisi jika anda mahukan resit rasmi LZS. **Resit rasmi LZS akan diberikan melalui emel.

BUTIRAN SUMBANGAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel rehalresources@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
  • Resit rasmi akan diberikan melalui emel.

PenamaLEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)
No. Akaun550511400496
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Rehal Surur Resources
rehalresources@gmail.com
+60166602072